Tuesday, 6 March 2012

Tips 1: IELTS part 1

Salam,

Untuk permulaan blog ini, saya nak dedicatekan buat diriku dan kawan-kawanku yang bakal sambung belajar. Selain daripada itu, blog ini juga diharap dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka- mereka yang tidak saya kenali yang mempunyai misi yang sama. Saya ingin membantu anda sebagaimana mereka- mereka yang tidak  saya kenali telah membantu saya melalui blog mereka.

Tips ini adalah lebih kepada anda- anda yang ingin memohon SLAB/SLAI KPT.

Pertama- pertama sekali, ambil dulula exam IELTS. Dalam sambil- sambil cari SV atau universiti untuk sambung phd.

Saya tak la kata saya ni excellent bagai sampai nak bagi tips segala. Tapi saya nak senaraikan benda- benda yang saya dan sahabat saya buat sehingga kami dapat band yang dapat lepas kehendak KPT iaitu 6.5. ( Ini untuk yang nak fly, kalau local 6.0 pun dah lepas)

Untuk dapat 6.5, biarlah kita target tinggi sikit pada tu. Kita target 7 atau 8. Semua ini sebenarnya untuk pastikan supaya kita dapat bekerja keras dan smart untuk capai target kita.

Part 1 ni, just untuk intro sebelum kita nak mula buat exercise bagai.

Sebelum mula, kita target dulu tarikh apa yang kita nak sit for the exam. Katalah hujung April. Kita pergi pada website British Council(BC) ataupun IDP dan tengok tarikh yang dioffer untuk exam. Link- link BC and IDP adalah seperti berikut:

http://www.malaysia.idp.com/ ini untuk IDP

Sebelum kita daftar, make sure kita buat exercise dalam buku cambridge. Sebenarnya banyak lagi la buku- buku yang lain. Tak kisah la nak guna buku mana. Yang penting buat test- test yang ada dalam buku- buku ni.

No comments:

Post a Comment